Thursday, October 13, 2011

Hingga Akhir Waktu...


jika ku terkenang kembali akan kisah yang berlaku beberapa minggu yang lalu, hati ku berasa sangat hiba, sayu dan pilu..kenapa semua ini harus terjadi kepadaku..? ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya hujan di tengahari..pemergianmu merupakan suatu kehilangan buatku..dan hari ini, kau muncul kembali tatkala aku berusaha untuk melupakanmu..hatiku menjadi semakin pedih untuk ku melihat kau muncul kembali...akan tetapi, ku akui begitu sukar untukku melupakan dirimu... ku cuba untuk menahan hatiku ini...O Tuhan, berikanlah aku petunjuk untukku melalui semua yang terjadi di dalam hidupku dengan hati yang tabah..kuatkanlah iman anakMu ini ya bapa...


Kerja oh kerja...

erm..tak terasa hari ni dah hari khamis 13 oktober 2011...ini bermakna tinggal 5 minggu lagi untuk menghabiskan sesi persekolahan tahun 2011...tak sabar nak menunggu cuti sekolah...nak merehatkan diri seketika semasa cuti sekolah...dalam masa 5 minggu yang akan datang, betapa sibuknya minggu2 tersebut...murid2 exam, menyemak kertas ujian, key in markah SAPS, SAP 16, SPPBS, isi buku laporan murid, lengkapkan kad kuning murid, pertandingan karaoke murid2, sukan & permainan lagi...ermm...batapa banyak dan beratnya tanggungjawab sebagai warga pendidik...walau apa2 pun, aku akan jalankan tugasku dengan penuh rasa tanggungjawab dan sabar... PEACE... ^_^

Friday, July 22, 2011

Misunderstanding



Mengapa salah faham sering saja berlaku..? Adakah aku yang tidak memahami? @ seseorang itu yang tidak mengerti apa yang aku maksudkan....? Aku bukannya berniat untuk menghina siapa-siapa...niat aku adalah hanya bergurau...Adakah patut sekiranya aku mengatakan bahawa ibu seseorang itu adalah tukang masak dan pada masa yang sama orang itu menganggap ibu dia seperti orang gaji kerana aku mengatakan ibunya tukang masak....? Adakah maksudku itu mengganggap ibunya sebagai orang gaji...? Ataupun orang itu tidak tahu membezakan antara tukang masak dan orang gaji......? Aku berasa serba salah...Jangan-jangan orang itu menganggap aku menghina ibunya....Oh My God! Hmmm...mudah-mudahan orang itu sedar akan maksudku...Maafkan aku sekiranya kata-kataku membuatkan orang itu tersinggung dan salah faham akan maksudku...Ikhlas ku katakan yang aku tidak ada niat sama sekali hendak memburukkan ibu mu...

Thursday, July 21, 2011

TOV oh TOV....

aduhai....pening kepala aku tengok angka-angka untuk key in TOV ni...susah juga nak tentukan TOV murid...ada murid yang dapat markah BM 80 ++ masa di Tahun 2....Bila tiba di Tahun 3, prestasi menurun...macam mana la pula tu...bingung...kena "ganyang" dulu lah murid-murid kelas aku tu supaya mereka tidak ambil mudah akan pelajaran mereka demi prestasi mereka...kalau prestasi murid menurun, alamatnya cikgu yang akan dipersalahkan TIDAK TAHU MENGAJAR.....huh!.....itulah trend orang zaman sekarang....selalu menyalahkan orang lain....TAPI tak mengapa...asalkan tugas seorang pendidik dalam membimbing, mendidik dan mengajar murid dengan hati yang ikhlas sudahpun dicurahkan kepada murid..itu terpulang kepada murid sendiri sama ada mahu menerima atau sebaliknya...guru berusaha membentuk murid, tetapi kalau murid tidak membentuk diri mereka sendiri....? sama-sama kita renungkan...